Perkara ini telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan MPP Mahsiswa Keadilan terhadap reman yg dikenakan kepada beliau di bawah Akta Hasutan 1948. Umum mengetahui bahawa akta ini secara harfiahnya bersifat menekan. Disebabkan itu, akta ini boleh digunakan oleh sesiapa yang berkuasa untuk menidakkan perbezaan pandangan yang dilontarkan kepada pemerintah. Mesej yang cuba disampaikan beliau jelas iaitu suara derita dan ketidakpuasan hati rakyat di atas kegagalan negara pada ketika ini dalam menangani isu Pandemik COVID19 .
Oleh itu, tindakan yang di ambil oleh pihak PDRM terhadap beliau adalah tidak wajar. Hal ini kerana, Malaysia menjunjung penuh ruang kebebasan bersuara rakyat bagi memberi pandangan demi kebaikan bersama.
