Sampai Bila Harus Diperjudikan?

Sampai bila keselamatan mahasiswa harus diperjudi dan dipertaruhkan?

Sekretariat Mahasiswa Marhaen mendesak agar mutu keselamatan di setiap universiti di
Malaysia diperkemaskan, diperkukuhkan dan dipertingkatkan agar tidak berlaku lagi
kemalangan-kemalangan yang mampu membawa kepada kehilangan nyawa mahasiswa. Kami
menyesali beberapa kemalangan yang telah berlaku di kampus-kampus serata Malaysia akibat
kerosakan fasiliti-fasiliti yang seterusnya membahayakan kesihatan fizikal dan mental para
mahasiswa. Darah di tangan kalian tidak mungkin akan terbasuh selagi mana wujud kegagalan
tadbir urus dalam memastikan kesejahteraan kami.

Kes pelajar tergelincir dari tingkat lapan ketika ingin mengambil baju di ampaian sebuah
desasiswa universiti di sebuah pulau, kes kipas terbakar walaupun aduan telah dibuat dua kali
kepada pihak pentadbiran kampus di Kuala Lumpur, dan kejadian renjatan elektrik yang
dikatakan berpunca daripada kerosakan pendawaian di sebuah universiti di utara tanah air.
Tragedi-tragedi in adalah berpunca daripada kegagalan pihak pentadbiran dalam merancang
pelan, merespon kepada aduan dan memperbaiki fasiliti sedia ada. Sebahagian daripada kampus
di Malaysia seakan-akan retak menanti roboh, dan isu in pasti akan berlanjutan sekiranya tiada
tindakan drastik yang diambil.

Sekretariat Mahasiswa Marhaen menuntut agar keselamatan struktur bangunan, pendawaian,
fasiliti dipertingkatkan. Sistem aduan secara terus yang efektif, serta pemeriksaan fasiliti yang
lebih kerap diberikan keutamaan mulai dari sat ini, selaras dengan hasrat mahasiswa untuk
mewujudkan #UniversitiSelamat. Kegagalan adalah apabila kita semua tidak belajar daripada
kesilapan yang lalu. Mahasiswa mendesak untuk pihak Kementerian Pengajian Tinggi khususnya
bekerjasama rapat dengan mahasiswa bag memastikan penglibatan dan tuntutan mahasiswa
dapat didengari dan ditekuni dalam perihal tadbir urus keselamatan mahasiswa, bukan sekadar
melepaskan tanggungjawab keselamatan kepada pentadbiran kampus dan mahasiswa
semata-mata.

Mahasiswa juga mendesak agar setiap isu keselamatan yang berlaku di universiti-universiti di
Malaysia disiasat dengan penh ketelusan dan bukan disembunyikan atas nama menjaga reputasi
sesebuah universiti tersebut. Universiti sepatutnya sebagai tempt pengayaan ilmu berlaku,
menjadi lebih transparansi terhadap apa-apa isu yang berlaku dan berani membuat
pertanggungjawaban atas segala apa yang berlaku. Andai sahaja penutupan isu-isu kampus
berleluasa, ini meluaskan lagi rang penyelewengan yang tidak sepatutnya berlaku, dan
membawa kampus kepada kebaculan yang hina.

Suara-suara mahasiswa yang mengangkat persoalan-persoalan dan usaha-usaha menghidupkan
wacana tidak sepatutnya dibungkam dan dibenam. Justeru itu kami juga ingin menyatakan
pendirian kami untuk mengeji dan menolak secara terus segala usaha yang mengekang suara
mahasiswa khususnya.

Keselamatan adalah hak setiap manusia!

Disokong oleh:

  1. Demokrat UKM
  2. Mahasiswa Amanah Nasional
  3. Suara Mahasiswa UMS
  4. Idealis Mahasiswa UTHM
  5. Persatuan Belia Harmoni Malaysia (HARMONI)
  6. Angkatan Mahasiswa UM
  7. UMANY
  8. Demokrat UM
  9. Mahasiswa Roket
  10. TARANY
  11. Student Progressive Front UUM (SPFUUM)
  12. UTM-MJIIT Voices
  13. VIRTUE HIUM
  14. New Student Movement Alliance of Malaysia (NESA)
  15. Voice of Youtharian (VOY)
  16. Malaysia Youths and Students Evolution Johor Branch
  17. New Era University College Student Union (NEUCSU)
  18. CONGRESS IIUM
  19. 稷下学社 Lyceum Society
  20. Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM)
Share :
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
TERKINI

ARTIKEL BERKAITAN

Tuan Menteri Besar Jangan Tembak Kaki Sendiri

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kenyataan tidak bertanggungjawab yang dikeluarkan oleh seorang Tuan Menteri Besar bahawa kononnya Negeri Pulau Pinang dimiliki oleh Negeri Kedah. Demi menyokong kenyataan halusinasi beliau, sampai Perlembagaan Persekutuan juga beliau minta untuk dipinda supaya sesuaikan dengan naratifnya.

Baca Lanjut »

Permasalahan Negara Totalitarian

Tiada sistem pewarisan kuasa yang diterima semua. Nak bertanding untuk dipilih rakyat? Ini bukan negara demokrasi. Akibatnya, mereka terpaksa menggunakan “reform card”, berjanji untuk ubah sistem Totalitarian yang menyesakkan jika berkuasa.

Baca Lanjut »