Pilihan Raya Negeri Johor dan Peningkatan Kes Positif Kes COVID-19 di Institusi Pengajian Tinggi

Dalam pemerhatian kami, pelan tindakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak efektif dalam menguruskan dan membendung situasi ini di beberapa IPT yang terkesan. Isu peningkatan kes COVID-19 dalam kalangan mahasiswa IPT merupakan satu isu yang perlu diberi perhatian oleh pihak KPT kerana melibatkan nyawa dan kesihatan para mahasiswa. Malangnya dengan keadaan kes positif COVID-19 yang tinggi, pihak KPT masih meneruskan penganjuran program yang melibatkan pengumpulan orang ramai seperti Karnival Keluarga Malaysia pada 9 hingga 11 Februari yang lalu di mana boleh dilihat segelintir pengunjung tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Oleh itu, kami mendesak KPT untuk bekerjasama bersama pihak pengurusan IPT bagi mengambil langkah yang proaktif bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di IPT dan memastikan kebajikan mahasiswa yang terkesan di dalam keadaan yang baik.

Dalam pada itu, kami juga menuntut pihak KPT untuk memastikan mahasiswa yang layak mengundi di Pilihan Raya Negeri Johor kali ini dikenal pasti agar mereka dapat mempersiapkan diri dan diberikan masa yang mencukupi untuk menjalani kuarantin kendiri sebelum pulang mengundi dan selepas kembali ke IPT. Ini akan memastikan lebih ramai mahasiswa yang layak dan sihat untuk turun mengundi serta mengelak jangkitan COVID-19 untuk merebak di IPT.

Share :
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
TERKINI

ARTIKEL BERKAITAN

Arkitek Pemusnah Demokrasi Negara

24 Februari 2020 Azmin Ali telah dipecat dari jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat setelah terbongkar usahanya bersama musuh untuk menubuhkan Kerajaan Pintu Belakang. 23 Februari akan selamanya tersemat dalam minda rakyat sebagai Langkah Sheraton, langkah menidakkan keabsahan Pakatan Harapan yang dipilih oleh rakyat pada PilihanRaya Umum Ke-14.

Baca Lanjut »

Towards A Better Malaysia, Shall We?

When it comes to political discussion, many of us are interested to take part in giving their opinions and sharing their thoughts. It seems easy to many of us since it does not require a degree or any kind of academic qualification to prove whether your opinion is absolutely right or totally wrong.

Baca Lanjut »