Mahasiswa Keadilan Malaysia melihat ucapan Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang menuduh Parti Keadilan Rakyat menentang Al-Quran adalah kenyataan berbahaya dan boleh membawa kepada amalan takfir.
Ucapan Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution dalam Kongres Khas Nasional 2023 menegaskan bahawa Islam sebagai agama ‘lengkap’ yang mempunyai panduan berpolitik. Tambah beliau “kita dituntut berpolitik secara beragama, kita bukan dituntut mempolitikkan agama”.
Maka jelaslah, KEADILAN tidak pernah menolak peranan, prinsip serta nilai agama Islam dalam politik, siasah dan pentadbiran negara. Yang ditolak KEADILAN adalah sikap mempolitikkan agama serta pembawaan Islam yang ekstrem dan untuk kepentingan politik.
Antara contoh sikap mempolitikkan Islam adalah menuduh kerajaan kini akan mengancam agama Islam, mencela penglibatan rakyat Malaysia yang bukan Islam dalam pemerintahan, membela amalan rasuah dengan menyeleweng hujah agama, mengeluarkan amanat yang menyebabkan takfir ke atas individu dan parti lain, serta mengeluarkan justifikasi sendiri yang kononnya berlandaskan Islam dan boleh menimbulkan kekeliruan.
Parti KEADILAN tidak pernah menolak Al-Quran bahkan pentadbiran Perdana Menteri (PM) dan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah sejajar dengan intipati Al-Quran dan As-Sunnah.
Buktinya:
- Gagasan Malaysia Madani adalah berasaskan konsep Sahifah Madinah yang
menegakkan keadilan, ihsan dan tolong menolong masyarakat tanpa mengira
kaum dan agama dalam mengangkat negara. Konsep ini telah lama digagaskan
oleh ilmuwan Islam seperi Al-Farabi, Ibn Khaldun, Syed Muhammad Naquib al-
Attas dan Rashid al-Ghannushi. - Dasar PM mengutamakan percukaian kepada golongan mahakaya. Allah SWT
berfirman “Apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya
(dari harta benda) yang berasal dari penduduk kota-kota maka adalah untuk Allah,
untuk Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orangorang
yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan beredar di antara orangorang
kaya saja di antara kamu.” (Surah Hasyr ayat 7). - Dasar-dasar Belanjawan Madani 2023 meletakkan Quran dan Hadis sebagai
panduan dalam menegakkan prinsip pertanggungjawaban dan sistem nilai luhur. - PM menegaskan segala idealisme & amalan yang boleh mengancam Islam tidak
akan diterima di bawah pentadbirannya. Ini termasuk fahaman liberalisme,
ekstremisme dan aktiviti LGBT. - Peruntukan RM 1 bilion untuk wakaf Madani. Allah SWT berfirman “Kamu tidak
sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang
sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi.
Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah
mengetahuinya. (Surah Ali Imran: 92). - PM memfokuskan penoktahan kemiskinan tegar seperti mana semangat
reformasi Mujaddid Islam iaitu khalifah Umar bin Abdul Aziz. - Konsep good governance yang diangkat PM adalah sejajar dengan intipati ayat Al-Quran: “Orang-orang yang jika Kami teguhkan kekuasaan mereka di muka bumi, nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang ma’nif dan mencegah dari perbuatan yang mungkar, dan kepada Allah-lah kembali segala urusan (Surah al-Haj ayat 41).
- Ketegasan PM melawan rasuah berdasarkan Hadis Nabi SAW: “Laknat Allah kepada pemberi rasuah dan penerima rasuah.” (Hadis Riwayat Ahmad [6984] dan Ibnu Majah [2313])
- Kediaman Rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana dijadikan majlis ilmu untuk menyuburkan ilmu pengetahuan sesuai dengan ayat Quran “Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan” (Surah al-Mujadalah ayat 11).
- Konsep Menu Rahmah, Jualan Rahmah dan Bakul Rahmah oleh kerajaan Perpaduan adalah bersandarkan sabda Nabi SAW “Siapa yang membebaskan seseorang dari kesusahan dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang dalam kesusahan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat“ (Hadis Riwayat Imam Muslim).
Kami berpendapat semua pimpinan daripada mana-mana parti harus bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan. Mencetuskan ketegangan antara kaum dalam negara yang dibina oleh rakyat pelbagai bangsa boleh merencatkan proses pembangunan negara dan masyarakat. Mempergunakan agama untuk mencapai kuasa politik bukan satu tauladan yang baik oleh mana-mana pimpinan. Malah sebagai seorang agamawan, Haji Hadi harus menyokong usaha PM untuk melahirkan masyarakat madani yang memfokuskan perkembangan ilmu dan pembinaan insan secara holistik.