Mogok Doktor Kontrak: Isu Serius Harus Diselesaikan Segera

Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) melihat penganjuran Mogok Doktor Kontrak yang dikatakan akan berlangsung pada 3-5 April 2023 sebagai isyarat yang jelas bahawa isu doktor kontrak yang serius ini harus ditangani oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan sifat sense of urgency.

Walaupun KKM telah bersetuju untuk menubuhkan Penubuhan Jawatan Kuasa Tertinggi bagi menangani isu Doktor Kontrak, namun MKM mengharapkan agar jawatankuasa ini bukan hanya sekadar janji manis KKM untuk meredakan kemelut kebajikan doktor kontrak buat seketika waktu. Sehingga kini, masih tiada jalan penyelesaian yang bersifat jangka masa panjang yang mana kelangsungan jaminan kebajikan doktor kontrak masih lagi di tahap yang rendah.

Isu ini bukan sahaja terletak pada bahu KKM, malah turut melibatkan Kementerian Kewangan serta Jabatan Perkhidmatan Awam. Kami berharap ketiga-tiga entiti ini menemui kesepakatan untuk melihat isu ini dengan langkah keberkesanan yang lebih efektif.

MKM juga berharap agar pihak kerajaan dan KKM tidak mengambil tindakan keras ke atas para doktor yang terlibat dalam mogok ini. Tidak ada keperluan untuk mengekang suara-suara pegawai-pegawai kesihatan (doktor kontrak) yang terlibat. MKM percaya kesediaan KKM untuk menjadi lebih pro mendengar mampu meredakan situasi ini.

Kami di pihak MKM percaya Kertas Putih Kesihatan yang akan dibentangkan dapat menjadi formula dalam menelusuri semula kelompongan sistem di dalam kerisauan menjadi akar kepada barah kerosakan sistem yang lebih kritikal. Maka, kami menggesa pihak KKM untuk meneruskan sikap keterbukaan yang sedia ada dan memberi pertimbangan untuk mencari solusi yang bersifat jangka masa panjang.

“MAHASISWA DEMI KEADILAN SEJAGAT”

Share :
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
TERKINI

ARTIKEL BERKAITAN

Towards A Better Malaysia, Shall We?

When it comes to political discussion, many of us are interested to take part in giving their opinions and sharing their thoughts. It seems easy to many of us since it does not require a degree or any kind of academic qualification to prove whether your opinion is absolutely right or totally wrong.

Baca Lanjut »

Permasalahan Negara Totalitarian

Tiada sistem pewarisan kuasa yang diterima semua. Nak bertanding untuk dipilih rakyat? Ini bukan negara demokrasi. Akibatnya, mereka terpaksa menggunakan “reform card”, berjanji untuk ubah sistem Totalitarian yang menyesakkan jika berkuasa.

Baca Lanjut »

100 Hari Rakyat Malaysia Dikhianati

Hari ini adalah genap 100 hari, Kerajaan Perikatan Nasional berada di tampuk pemerintahan negara. Mandat rakyat Malaysia yang diterjemahkan melalui peti undi pada Pilihanraya Umum yang lepas telah dikhianati beberapa watak dan kelompok.

Baca Lanjut »