Tindakan ini jelas menunjukkan YB Ketua AMK tidak menghargai usaha Mahasiswa Keadilan Malaysia sebagai salah sebuah sayap mahasiswa rasmi Parti Keadilan Rakyat yang bergiat aktif dalam memenangi isu dan kebajikan mahasiswa.
Mahasiswa KEADILAN Malaysia merasakan adalah lebih baik sekiranya sebuah perbincangan ringkas diadakan bersama barisan pimpinan Mahasiswa KEADILAN Malaysia.
Disamping itu, pelantikan ini dilihat sebagai pelantikan yang tidak kena pada tempat kerana mereka yang dilantik adalah bukan dari kalangan mahasiswa sendiri dan mereka sudah tamat tempoh pengajian mereka.
Tindakan ini menunjukkan Ketua AMK tidak mengambil berat akan mahasiswa dan hanya membuat pelantikan bagai melepaskan batuk di tangga. Pelantikan ini boleh digambarkan sebagai pelantikan yang sambil lewa dan hanya bagi memenuhi kekosongan jawatan biro tersebut kerana ia tidak melibatkan sebarang perbincangan bersama Mahasiswa KEADILAN yang aktif menjalankan pelbagai program untuk menyelesaikan isu-isu yang sangat rapat dengan siswa.
Sebagai Ketua AMK, beliau seharusnya menyelesaikan isu ini secara konsensus dan mencapai persefahaman serta mengelakkan ketegangan antara Biro Mahasiswa dan Mahasiswa Keadilan Malaysia. Kami berharap agar pihak Ketua AMK dapat memberi maklum balas terhadap isu ini. YB Ketua Angkatan Muda KEADILAN seharusnya memperkukuhkan kedudukan Mahasiswa Keadilan Malaysia sebagai sayap rasmi Mahasiswa di dalam Parti KEADILAN Rakyat.

Taman Jajar: Kuasa Kerjasama Komuniti Dalam Memelihara Alam Sekitar
Taman Jajar, atau dipanggil Linear Park, taman perumahan yang terletak di Bayan Lepas, memang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Pulau Pinang.