Kenyataan Berkenaan Ucapan Dasar Ketua Puteri UMNO

Hal ini adalah kerana nilai-nilai kepimpinan, sahsiah diri, pendidikan mahupun nilai-nilai berkaitan perlu diukur melalui sifat insaniah individu bukan berpaksikan kepada jantina. Di kala kita galakkan partisipasi kaum wanita di dalam kepimpinan politik, kita sedar bahawa pada pokok pangkalnya, kita berharap kepada kepimpinan yang berkaliber serta berkarisma yang mampu mendukung akar umbi ke peringkat yang lebih tinggi. Sayang seribu kali sayang, kenyataan pimpinan puteri UMNO ini secara tidak langsung hanya menggalakkan wanita supaya teraspirasi dengan sikap dan pemikiran yang berat sebelah. Perbezaan jantina tidak seharusnya menjadi kayu ukur dalam tampuk kepimpinan. Persaingan haruslah bersifat adil dan saling menghormati terutamanya apabila berada di dalam arus perjuangan yang sama maka ia seharusnya bersifat saling mendukung antara satu sama lain tanpa mengira perbezaan jantina.

Bingkisan laungan “our balls is bigger than yours” adalah tidak molek untuk diungkap di khalayak umum kerana ini bersifat tidak profesional dan tidak beradab. Maka, sebagai anak Malaysia yang terkenal dengan nilai adab dan santunnya kami berharap pihak kepimpinan Puteri UMNO lebih menjaga bait tutur bicara yang digunakan dalam ucapan perbahasan. Ironinya, sebuah parti yang cukup sinonim dalam memperjuangkan hak melayu ini bertentang arus dengan nilai kesantunan timur yang amat menjaga adab dan santun.

Sehubungan dengan itu, kami berharap Puteri UMNO dapat menilai kembali perkara yang diungkapkan dan tidak memandang enteng perkara ini kerana ia sedikit sebanyak menunjukkan moraliti yang rendah dan khuatir dianggap sebagai “norma” oleh segelintir masyarakat.

Share :
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
TERKINI

ARTIKEL BERKAITAN

100 Hari Rakyat Malaysia Dikhianati

Hari ini adalah genap 100 hari, Kerajaan Perikatan Nasional berada di tampuk pemerintahan negara. Mandat rakyat Malaysia yang diterjemahkan melalui peti undi pada Pilihanraya Umum yang lepas telah dikhianati beberapa watak dan kelompok.

Baca Lanjut »

Sajak Mencari Reformasi

Tatkala tenggelamnya bahtera di tengah lautan,Tertewasnya angkatan perang lantas diusir ke persisiran,Terasa resah, gelisah lesap sudah ketenangan. Dari jauh aku termenung sambil memerhati,Merenung semula Kota

Baca Lanjut »