Kes Kematian Mengejut di Asrama UUM – Keadilan Untuk Vinosiny Sivakumar

Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang Vinosiny A/P R Sivakumar atas pemergiannya lantaran insiden yang sangat mengejutkan. Namun begitu, perkara ini sesuatu yang tidak boleh didiamkan dan perlunya penjelasan daripada pihak bertanggungjawab.

Mangsa telah meninggal pada 21 Mei 2022, sekarang sudah 24 Mei 2022 dan masih tiada laporan rasmi. Justeru itu, MKM menggesa pihak Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tampil dengan penjelasan yang telus dan jujur berhubung insiden ini, agar segala pertanyaan berhubung kematian mengejut Saudari Vinosiny dapat dijawab. 

Setelah selesai sahaja laporan bedah siasat, jangan menculas dan melambatkan tindakan untuk menjelaskan krisis ini. Zahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa yang berhak untuk mendapatkan jawapan dan pembelaan yang adil. Kami juga berasa kesal dengan pihak KPT terutamanya Menteri KPT, YB Dr. Noraini Ahmad yang masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung krisis ini memandangkan perkara ini melibatkan kehilangan nyawa seorang mahasiswi.

Usah seronok bergentanyangan di London sampai lupa bumi yang dipijak. Perkara ini haruslah dipandang serius oleh YB Dr. Noraini Ahmad memandangkan ini melibatkan keselamatan mahasiswa dan beliau perlulah memberikan sepenuh perhatian memandangkan krisis ini melibatkan nyawa dan dibawah bidang kuasa KPT. Kebajikan mahasiswa merupakan tanggungjawab Menteri Noraini! 

Mahasiswa Keadilan Malaysia menggesa semua badan dan organisasi pelajar untuk terus menuntut ketelusan dan keadilan buat sahabat kita. Jika krisis ini terus dibiarkan lenyap, kesilapan yang sama akan berulang pada masa akan datang.

Share :
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
TERKINI

ARTIKEL BERKAITAN