Keadilan untuk Komuniti Tanpa Negara!

Biro Sosial dan Kemasyarakatan Mahasiswa Keadilan Malaysia Ingin menzahirkan solidariti bersama dua insiden yang berlaku di kalangan komuniti tanpa negara baru-baru ini.

Pertama, insiden yang melibatkan seorang pelajar Sekolah Alternatif Semporna yang mengalami kesulitan mendapatkan rawatan perubatan yang mencukupi di Hospital Semporna. Pelajar tersebut mengalami masalah kesihatan yang serius, namun terpaksa menunggu berjam-jam dan berpulang tanpa mendapatkan rawatan yang diperlukan. Kejadian ini menunjukkan kelemahan dalam sistem rawatan kesihatan dalam memberikan pelayanan yang adil kepada semua.

Insiden kedua melibatkan kematian seorang warga Bajau Laut bernama Tebek di Pulau Omadal Sabah. Tebek meninggal atas penyakit kronik yang dicetuskan oleh perangai biadab pelancong yang melawat komuniti Bajau Laut. Pelancong-pelancong ini tidak menghormati komuniti tersebut, melanggar undang-undang, dan memperalatkan mereka seperti bukan manusia untuk kepentingan hiburan dan keuntungan peribadi. Tragedi ini menyoroti keperluan pengawasan yang lebih ketat terhadap sektor pelancongan di kawasan tersebut dan perlindungan yang lebih baik bagi komuniti Bajau Laut.

Kami menyokong seruan Borneo Komrad dan Iskul Sama DiLaut untuk tindakan segera dari pihak kerajaan. Dalam kes perawatan kesihatan, kami mendesak Kementerian Kesihatan untuk memperbaiki sistem perawatan, meluangkan sumber daya yang mencukupi, dan mengirimkan lebih banyak tenaga perubatan agar setiap individu dapat menerima rawatan yang tepat pada masanya dan mencukupi.

Selain itu, kami menyokong tuntutan untuk perlindungan yang lebih baik bagi komuniti Bajau Laut di Pulau Omadal. Kami berharap Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Kementerian Undang-undang dan Reformasi Institusi mengambil langkah-langkah yang lebih berkesan dalam mengawasi pelancong, menggubal dan menguatkuasakan undang-undang yang jelas, dan memberikan perlindungan yang sewajarnya kepada komuniti tersebut. Setiap individu, tanpa mengira latar belakang, berhak hidup bermaruah dan menerima keadilan yang saksama.

Secara keseluruhan, insiden-insiden ini menunjukkan dan membuktikan ketidakadilan yang dihadapi oleh komuniti tanpa negara di Malaysia. Kami menganggapnya sebagai seruan untuk tindakan segera dan tanggungjawab kerajaan dalam memastikan keadilan sosial, perlindungan hak asasi manusia, dan kesejahteraan komuniti tanpa negara.

KEADILAN harus diangkat untuk semua demi membina Malaysia yang MADANI!

Share :
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
TERKINI

ARTIKEL BERKAITAN

Permasalahan Negara Totalitarian

Tiada sistem pewarisan kuasa yang diterima semua. Nak bertanding untuk dipilih rakyat? Ini bukan negara demokrasi. Akibatnya, mereka terpaksa menggunakan “reform card”, berjanji untuk ubah sistem Totalitarian yang menyesakkan jika berkuasa.

Baca Lanjut »

Arkitek Pemusnah Demokrasi Negara

24 Februari 2020 Azmin Ali telah dipecat dari jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat setelah terbongkar usahanya bersama musuh untuk menubuhkan Kerajaan Pintu Belakang. 23 Februari akan selamanya tersemat dalam minda rakyat sebagai Langkah Sheraton, langkah menidakkan keabsahan Pakatan Harapan yang dipilih oleh rakyat pada PilihanRaya Umum Ke-14.

Baca Lanjut »

Sajak Mencari Reformasi

Tatkala tenggelamnya bahtera di tengah lautan,Tertewasnya angkatan perang lantas diusir ke persisiran,Terasa resah, gelisah lesap sudah ketenangan. Dari jauh aku termenung sambil memerhati,Merenung semula Kota

Baca Lanjut »