Institusi Pendidikan Bukannya Sebuah Lembah Untuk Penunggang Agama

Baru-baru ini telah tersebarnya hebahan mengenai rencana ilmuan di beberapa institusi pendidikan. Umum mengetahui Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) menyokong sepenuhnya sebarang rencana ilmuan untuk memberikan ilmu tambahan kepada rakan-rakan mahasiswa.

Tetapi baru-baru ini telah tersebarnya beberapa rencana yang di dalamnya terdapat penceramah yang secara amnya diketahui sebagai salah seorang yang dahsyat mempermainkan isu agama dan perkauman ketika PRU-15 yang lepas dan dilihat sebagai seorang penunggang agama demi kepentingan sebuah parti politik luar.

Sepatutnya tidak wajar seorang seperti itu diberikan ruang di dalam akademia kerana kita takuti apa yang dibawanya boleh menjadi sebuah pembawaan yang tidak senang oleh mahasiswa yang lain.

Selain itu perlu diingatkan kita tidak mengetahui apakah latar belakang ilmunya sehingga boleh menggelar dirinya sebagai seorang ‘ustaz’ pada usia yang sangat muda. Oleh kerana itu, kami gusar jika apa yang dibawanya itu sebagai sebuah ilmu yang salah dan boleh menjadi persoalan kerana tidak tahu dari mana asalnya ilmu tersebut.

Oleh kerana itu, kami bagi MKM mendesak sekeras-kerasnya supaya Institusi Pendidikan tidak memberikan ruang kepada golongan penunggang agama. Sebaliknya, kami menyeru kepada Majlis Perwakilan Pelajar dan pihak pengurusan institusi pendidikan hanya membuka ruang untuk agamawan yang diiktiraf oleh negeri masing-masing sahaja untuk memberikan syarahan berkaitan agama Islam. Sekali gus latar belakang penceramah dan input yang akan diberikan lebih diyakini dan tidak akan mendatangkan sebarang permasalahan.

Baru-baru ini telah tersebarnya hebahan mengenai rencana ilmuan di beberapa institusi pendidikan. Umum mengetahui Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) menyokong sepenuhnya sebarang rencana ilmuan untuk memberikan ilmu tambahan kepada rakan-rakan mahasiswa.

Tetapi baru-baru ini telah tersebarnya beberapa rencana yang di dalamnya terdapat penceramah yang secara amnya diketahui sebagai salah seorang yang dahsyat mempermainkan isu agama dan perkauman ketika PRU-15 yang lepas dan dilihat sebagai seorang penunggang agama demi kepentingan sebuah parti politik luar.

Sepatutnya tidak wajar seorang seperti itu diberikan ruang di dalam akademia kerana kita takuti apa yang dibawanya boleh menjadi sebuah pembawaan yang tidak senang oleh mahasiswa yang lain.

Selain itu perlu diingatkan kita tidak mengetahui apakah latar belakang ilmunya sehingga boleh menggelar dirinya sebagai seorang ‘ustaz’ pada usia yang sangat muda. Oleh kerana itu, kami gusar jika apa yang dibawanya itu sebagai sebuah ilmu yang salah dan boleh menjadi persoalan kerana tidak tahu dari mana asalnya ilmu tersebut. Oleh kerana itu, kami bagi MKM mendesak sekeras-kerasnya supaya Institusi Pendidikan tidak memberikan ruang kepada golongan penunggang agama. Sebaliknya, kami menyeru kepada Majlis Perwakilan Pelajar dan pihak pengurusan institusi pendidikan hanya membuka ruang untuk agamawan yang diiktiraf oleh negeri masing-masing sahaja untuk memberikan syarahan berkaitan agama Islam. Sekali gus latar belakang penceramah dan input yang akan diberikan lebih diyakini dan tidak akan mendatangkan sebarang permasalahan.

Share :
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
TERKINI

ARTIKEL BERKAITAN

100 Hari Rakyat Malaysia Dikhianati

Hari ini adalah genap 100 hari, Kerajaan Perikatan Nasional berada di tampuk pemerintahan negara. Mandat rakyat Malaysia yang diterjemahkan melalui peti undi pada Pilihanraya Umum yang lepas telah dikhianati beberapa watak dan kelompok.

Baca Lanjut »

Towards A Better Malaysia, Shall We?

When it comes to political discussion, many of us are interested to take part in giving their opinions and sharing their thoughts. It seems easy to many of us since it does not require a degree or any kind of academic qualification to prove whether your opinion is absolutely right or totally wrong.

Baca Lanjut »