Ini Bukan Zaman Purba, UiTM Perlu Lebih Terbuka: Ruang Berwacana Perlu Lebih Luas

Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) mengambil maklum dengan halangan penganjuran Jelajah Mansuh AUKU yang dianjurkan oleh Ikatan Mahasiswa Demokratik Malaysia di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Shah Alam pada 30 Mac 2023 (Khamis). Kami sangat kesal dengan tindakan pihak pentadbiran UiTM yang menghalang kumpulan mahasiswa ini yang hanya ingin menganjurkan wacana berkait AUKU.

MKM berpegang pada prinsip bahawa mahasiswa perlu diberi hak untuk menyatakan pendapat dan diberi ruang untuk menganjurkan wacana intelektual perlu dibuka seluas- luasnya. Pihak pentadbiran universiti sepatutnya perlu lebih terbuka untuk memberi ruang kepada mahasiswa bertukar pendapat dan menyatakan pendirian bagi menggalakkan budaya penyuburan ilmu.

MKM percaya aktivisme mahasiswa ini boleh berjalan dalam pelbagai cara iaitu melalui demonstrasi, wacana, rundingan dan sebagainya. Kami pernah berada di jalanan dan kami juga pernah duduk di meja rundingan.

Pihak pentadbiran universiti sepatutnya bersama-sama menyambut semangat YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang memberi jaminan untuk mahasiswa bebas bersuara, berdialog bahkan mengkritik. Akhirnya kebebasan mahasiswa untuk bersuara menjadi tunjang dalam proses membina masyarakat madani.

Share :
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
TERKINI

ARTIKEL BERKAITAN

100 Hari Rakyat Malaysia Dikhianati

Hari ini adalah genap 100 hari, Kerajaan Perikatan Nasional berada di tampuk pemerintahan negara. Mandat rakyat Malaysia yang diterjemahkan melalui peti undi pada Pilihanraya Umum yang lepas telah dikhianati beberapa watak dan kelompok.

Baca Lanjut »