Mahasiswa Keadilan Dengan Kerjasama Pertubuhan Angkatan Demokrat dan Mahasiswa Harapan Lancar Galang Dana Bantu Mahasiswa Terkesan Banjir

Berikutan bencana banjir yang melanda Pantai Timur terutamanya negeri Kelantan dan Terengganu, Mahasiswa Keadilan Malaysia dengan kerjasama Angkatan Demokrat dan Mahasiswa Harapan telah melancarkan Misi Bantuan Respons Bencana 2.0. Misi ini fokus untuk membantu mahasiswa yang terkesan banjir di sekitar kawasan universiti-universiti yang terjejas.

Misi kali ini ialah kesinambungan misi Bantuan Respons Bencana semasa banjir melanda negeri Selangor dan Pahang pada tahun lepas. Mahasiswa Keadilan Malaysia telah bekerjasama dengan Pertubuhan Sukarelawan dan Kebajikan Tulus serta Mahasiswa Pakatan Harapan pada misi lepas untuk menggerakkan sukarelawan daripada kalangan mahasiswa untuk membantu masyarakat setempat di negeri Selangor dan Pahang dengan pemberian bantuan barangan keperluan asas serta bantuan pembersihan rumah akibat banjir.

Sehubungan dengan itu, Misi Bantuan Respons Bencana kali ini akan bergerak bermula 29 Disember 2022 daripada universiti ke universiti untuk misi menghantar bantuan barangan keperluan asas dan membantu dalam kerja-kerja pembersihan kediaman mahasiswa yang terjejas banjir.
Kami sedang menggerakkan galang dana untuk menjayakan misi ini bagi menampung kos urusan logistik, pembelian barangan dan keperluan. Justeru, sumbangan semua adalah dirayu dan boleh dibuat melalui akaun bank 80-1088724-0 (CIMB Bank Pertubuhan Angkatan Demokrat) dengan kod rujukan Misi Banjir. Setakat 25 Disember 2022, jumlah terkumpul sumbangan yang diterima adalah RM 2,025 (Dua Ribu Dua Puluh Ringgit Malaysia Sahaja).

Kepada individu, pertubuhan atau syarikat yang mempunyai pertanyaan atau ingin menawarkan kerjasama, kami berbesar hati untuk melebarkan jaringan kerjasama misi ini dalam usaha untuk membantu mahasiswa yang berhadapan musibah ini. Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Saudara Iskandar Putra di talian 019-4783288.

Share :
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
TERKINI

ARTIKEL BERKAITAN

Filem Anwar Dan Refleksi Seputar Reformasi Demokrasi Serantau

Selepas melihat filem biopik berjudul “Anwar The Untold Story”, yang bercerita tentang perjuangan Bapak Anwar Ibrahim, saya jadi teringin untuk menulis pasal refleksi berkait reformasi dirantau Malaysia dan Indonesia.  kritik pada seni mestilah ada, namun tak lupa pula apresiasi dan refleksi mesti juga ada . Seorang sahabat saya pernah berkata apresiasi memunculkan semangat untuk saling menghargai dan refleksi menghidupkan semula nilai-nilai perjuangan. 

Baca Lanjut »