Tentang Kami

/
TENTANG KAMI

MAHASISWA KEADILAN MALAYSIA

Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN) memandang serius dan mengiktiraf penglibatan golongan anak muda dalam menggerakkan parti secara aktif untuk menyampaikan mesej dan dasar parti dengan lebih berkesan kepada rakyat.

Idea dan pandangan yang disumbangkan oleh anak muda adalah sangat penting kerana hal ini merupakan gambaran kepada impian mereka terhadap masa depan negara.

Penubuhan Mahasiswa KEADILAN Malaysia (MKM) sebagai Sayap Mahasiswa Parti KEADILAN akan memberikan fokus kepada golongan mahasiswa. Golongan mahasiswa adalah satu golongan yang penting kerana mereka adalah pelapis kepada kepimpinan negara pada masa akan datang. Melengkapkan mahasiswa dengan pengetahuan yang meluas dan kemahiran yang tepat akan memastikan mahasiswa terus ke hadapan dalam membawakan isu-isu nasional dan pada masa yang sama menyumbang idea kepada pembangunan negara.

Oleh yang demikian, MKM berhasrat untuk menyediakan sebuah platform kepada mahasiswa untuk menyumbang kepada negara dengan idea-idea baru dan bersama-sama melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran agar mahasiswa menjadi insan yang serba boleh dan terus cemerlang.

IMG_7477 3
TIGA TERAS

TERAS UTAMA MKM

Mengalakkan dan menyemai wacana intelektual sebagai asas aktivisme mahasiswa.

Menengakkan keadilan bagi golongan terpinggir dan mahasiswa yang tertindas.

Ruang pengkaderan bagi pemimpin muda dalam politik.

MAJLIS PIMPINAN PUSAT

MAHASISWA KEADILAN 2022

199163982_103116782015544_3180999076118404794_n
syamil luthfi

Pengerusi

240438109_4775242175827998_1335589688320262448_n
DHARSHINEE SURESH

Timbalan Pengerusi

168333370_4207453189300502_6984036440710332993_n
IKMAL HAKIMI

Naib Pengerusi