Bersempena Hari Wanita, 8 Mac 2022 yang bertemakan “Hapuskan Stereotaip” iaitu yang mendukung kepada agenda kesaksamaan membawa kepada anda Sembang Santai bersama dua panelis yang akan digandingkan selama 30 minit secara langsung dari Instagram MKM.
Panelis tersebut adalah Senator Dewan Negara iaitu YB Fadhlina Siddiq dan perwakilan Parlimen Wanita Muda iaitu saudari Kuushaleny Ravi Kumar yang mewakili kawasan Jelutong serta bersama saudari Syamimi Rosli sebagai moderator. Sembang santai ini akan mengupas tentang persoalan “Wujudkah Stereotaip Gender dalam kalangan Parti Politik”.
