Program Tutor MKM

Pendidikan merupakan asas utama pemangkin pembangunan modal insan dan pelbagai kemajuan lain sesebuah negara. Pendidikan yang berkualiti juga merupakan suatu perkara yang diperlukan untuk melahirkan pelajar yang seimbang, cekap dan bijak.

Sehubungan dengan itu Mahasiswa Keadilan Malaysia memperkenalkan program Tutor Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM). Program yang memfokuskan serta membantu pelajar yang akan menduduki SPM secara percuma. Program ini terdiri daripada sukarelawan mahasiswa daripada pelbagai universiti untuk mengajar pelajar SPM.

MKM berharap program ini dapat menjadi sebuah program yang menghubungkan serta menjadi jambatan untuk menunjukkan mahasiswa itu tidak lari daripada berkhidmat untuk masyarakat.

Share :
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
TERKINI

ARTIKEL BERKAITAN

Hentikan Diskriminasi Terhadap Ahli Politik Wanita

Baru-baru ini, tular satu video berdurasi seminit 34 saat di mana seorang pempengaruh mempertikaikan cara pemakaian Ahli Parlimen Bentong, YB Young Syefura binti Othman di pentas ceramah Malaysia Madani di Kedah pada Sabtu, 15 Julai 2023. Kenyataan yang dibuat oleh pempengaruh tersebut jelas merupakan serangan berbentuk seksis dan berunsur gangguan lucah terhadap beliau. Budaya politik sempit dan tidak matang ini haruslah dihentikan serta merta.

Baca Lanjut »