Mahasiswa Keadilan Malaysia dengan kerjasama Diwan Reformasi telah meneruskan program tahunan iaitu La Convivencia.
Program selama 3 hari 2 malam di Bandar Melaka telah menghimpunkan seluruh mahasiswa dari IPTA dan IPTS di Malaysia serta hadir dari pelbagai fahaman, idealisme serta politik kepartian. La Convivencia kali ini berteraskan Kepimpinan & Intelektualisme.
Kami juga ingin merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada Biro Latihan Pusat Parti Keadilan Rakyat dan Akademi Kepimpinan & Masyarakat Madani kerana telah banyak membantu menguruskan program La Convivencia yang dapat dijalankan dengan lancar.
Diharap Ukhuwah yang dibina serta ilmu bermanfaat yang diserap akan menjadi obor membawa Reformasi dalam diri demi menjamin negara yang lebih baik pada masa yang akan datang.

Memperkasakan Identiti Melayu Dalam Bidang Pengajian Kesenian
Melihat kepada amalan seni dalam masyarakat terutamanya dalam golongan orang muda boleh dikatakan kurang memberangsangkan. Peri pentingnya seni untuk dipertahankan merupakan lambang jati diri sesuatu bangsa.