Program Balik Raya Bersama MKM merupakan sebuah inisiatif pemberian bantuan daripada Mahasiswa Keadilan Malaysia yang bertujuan untuk membantu golongan mahasiswa yang kurang berkemampuan untuk membeli tiket bas pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri.
Bantuan ini terhad kepada 20 orang dan keutamaan diberikan kepada yang benar-benar memerlukan.
Diharapkan dengan usaha kecil ini, beban mahasiswa dapat dikurangkan dan Aidilfitri tahun ini dapat disambut bersama-sama dengan keluarga tercinta.
