Perubahan Dasar Sosioekonomi: Langkah Awal Menyusuri Realiti Sebenar Marhaen

Pada 19 Mei, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Rafizi Ramli menyatakan bahawa kerajaan akan melakukan perubahan dalam dasar sosio ekonomi negara. Peralihan daripada pendekatan berasaskan kumpulan pendapatan B40, M40, T20 kepada pendekatan berasaskan pendapatan boleh belanja isi rumah.

Kaedah yang diguna pakai oleh pihak pembuat dasar pada waktu ini adalah berpandukan pada maklumat yang membahagikan kumpulan masyarakat  berdasarkan pendapatan bulanan mereka. Kumpulan masyarakat dipecahkan melalui tiga kumpulan besar iaitu B40/M40, T20. Amnya, mereka yang berpendapatan di bawah RM4,850 diletakkan dalam kumpulan B40 iaitu mereka yang berpendapatan rendah sementara isi rumah dengan pendapatan melebihi RM4,850 dan dibawah RM 10 960 adalah golongan berpendapatan menengah iaitu M40 manakala kumpulan yang berpendapatan melebihi RM 10 961 adalah golongan atasan yang digelar T20. 

Laporan survei pendapatan isi rumah dan kemudahan asas tahun 2019 menunjukkan terdapat seramai 2.91 juta rakyat Malaysia adalah golongan B40 manakala jumlah M40 di Malaysia adalah seramai 2.92 juta dan 1.46 juta adalah jumlah golongan T20. Pengkelasan masyarakat mengikut jumlah pendapatan ini gagal memberikan gambaran sebenar kepada pembuat dasar mengenai realiti kehidupan yang dilalui oleh masyarakat di luar sana. Data hanya memaparkan jumlah pendapatan yang diterima oleh isi rumah sahaja namun gagal memberikan gambaran sebenar akan bebanan kewangan yang dialami oleh masyarakat di luar sana. Data berasaskan pendapatan ini masih lagi bersifat umum dan kurang tepat untuk menentukan kumpulan sasar yang benar-benar memerlukan perhatian daripada pihak kerajaan. Sebagai contohnya, Isi rumah berpendapatan RM 4,850 dikategorikan sebagai M40 di seluruh negara dan diklasifikasikan sebagai golongan menengah yang tidak memerlukan perhatian daripada kerajaan namun hakikatnya untuk hidup di Kuala Lumpur dengan pendapatan sebegitu amatlah memeritkan dan membebankan mereka. Sebaliknya pula, isi rumah berpendapatan bawah RM4,850 dikategorikan sebagai B40 dan merupakan kumpulan yang mudah terkesan dengan sebarang kejutan ekonomi. RM4,850 jika mengambil kira tempat tinggal di luar bandar seperti Kokdiang mungkin jumlah ini merupakan jumlah pendapatan yang selesa dan secara angkanya tidak memerlukan perhatian yang tinggi daripada kerajaan. 

Perubahan ke arah menggunakan data berpaksikan pendapatan boleh guna lebih bersifat realistik. Pendapatan boleh guna merujuk kepada jumlah pendapatan yang bersih yakni baki jumlah pendapatan setelah ditolak dengan komitmen bulanan seperti bayaran sewa rumah dan mobiliti. Data pendapatan boleh ubah memberikan maklumat sebenar tentang kuasa beli sesebuah isi rumah sekali gus menggambarkan tahap kemampuan perbelanjaan isi rumah tersebut. Berbeza dengan sistem pada waktu ini yang hanya mengukur gaji kasar dan terpakai di seluruh negara tanpa mengira lokaliti isi rumah. 

Tumpuan negara seharusnya beralih kepada pendapatan selesa mengikut lokailiti isi rumah. Pendapatan selesa bermakna satu tingkat pendapatan yang dapat menampung keseluruhan perbelanjaan isi rumah tanpa perlu isi rumah mencatu perbelanjaan mereka. RM4,000 adalah satu pendapatan yang dikategorikan selesa bagi isi rumah yang tinggal di Kokdiang tetapi dengan jumlah yang sama ianya merupakan pendapatan yang sekadar cukup makan bagi isi rumah yang menetap di Kuala Lumpur. 

Oleh itu, perubahan dasar sosioekonomi ini seharusnya lebih bersifat mikro dan maklumat yang digunakan oleh pembuat dasar negara perlu berpaksikan kepada realiti sebenar masyarakat. Pendapatan yang selesa perlu menjadi sasaran baharu berbanding fokus mobiliti sosial masyarakat dari satu kumpulan pendapatan kepada kumpulan yang lain. Ini adalah kaedah perekonomian yang baharu dan lebih berkesan dalam mengenalpasti kumpulan yang “betul”. Perubahan yang cuba dibawa oleh kerajaan ini diharapkan dapat mewujudkan lebih banyak dasar yang berpijak pada bumi yang nyata dan berfungsi seperti mana sepatutnya. 

Share :
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
TERKINI

ARTIKEL BERKAITAN

Tuan Menteri Besar Jangan Tembak Kaki Sendiri

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kenyataan tidak bertanggungjawab yang dikeluarkan oleh seorang Tuan Menteri Besar bahawa kononnya Negeri Pulau Pinang dimiliki oleh Negeri Kedah. Demi menyokong kenyataan halusinasi beliau, sampai Perlembagaan Persekutuan juga beliau minta untuk dipinda supaya sesuaikan dengan naratifnya.

Baca Lanjut »

Filem Anwar Dan Refleksi Seputar Reformasi Demokrasi Serantau

Selepas melihat filem biopik berjudul “Anwar The Untold Story”, yang bercerita tentang perjuangan Bapak Anwar Ibrahim, saya jadi teringin untuk menulis pasal refleksi berkait reformasi dirantau Malaysia dan Indonesia.  kritik pada seni mestilah ada, namun tak lupa pula apresiasi dan refleksi mesti juga ada . Seorang sahabat saya pernah berkata apresiasi memunculkan semangat untuk saling menghargai dan refleksi menghidupkan semula nilai-nilai perjuangan. 

Baca Lanjut »