Perspektif Kemelut Air Kedah, Kelantan Dari Lensa Asasi Rakyat

Keperluan air adalah hak asasi manusia yang mendasar dan sangat penting bagi kehidupan manusia. Ia telah diiktiraf sebagai Hak Manusia kepada Air dan Sanitasi (Human Rights to Water and Sanitation) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 28 Julai 2010.

Namun, pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini, penduduk di negeri Kedah dan Kelantan telah dan sedang menghadapi masalah kekurangan bekalan air yang semakin kritikal. Kedua buah negeri ini telah gagal memenuhi tanggungjawab mereka dalam menjamin hak asasi manusia, dan penduduk setempat terpaksa menanggung beban hidup yang sukar akibat kegagalan ini.

Hal ini dapat dilihat pada Penduduk Kuala Kedah dan sekitarnya, yang terpaksa hidup tanpa bekalan air lebih sebulan lamanya, serta hampir satu juta penduduk di Kedah yang terjejas dengan masalah bekalan air pada Hari Raya Aidilfitri.

Sementara itu, di Kelantan, walau sudah 30 tahun ditadbir kerajaan parti yang sama, isu air semakin kritikal menjelang Hari Raya Aidilfitri sehingga penduduk terpaksa mandi dan tumpang telaga kerana kekurangan bekalan air bersih.

Hal ini telah menunjukkan kerajaan negeri Kedah dan Kelantan tiada akauntabiliti dan tiada tadbir urus yang baik (good governance) serta gagal mempuyai penyelsaian konstruktif akan isu air.

Masyarakat harus menolak kerajaan yang gagal memenuhi tanggungjawab mereka dalam menjamin hak asasi manusia penduduk setempat. Mereka perlu memilih pemimpin yang berakauntabiliti dan mempunyai tadbir urus yang baik untuk menyelesaikan masalah asasi rakyat. Ini adalah tugas kita sebagai rakyat Malaysia untuk memastikan hak asasi manusia, termasuk hak kepada air dan sanitasi, dilindungi dan dipenuhi oleh kerajaan kita.

Share :
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
TERKINI

ARTIKEL BERKAITAN

Filem Anwar Dan Refleksi Seputar Reformasi Demokrasi Serantau

Selepas melihat filem biopik berjudul “Anwar The Untold Story”, yang bercerita tentang perjuangan Bapak Anwar Ibrahim, saya jadi teringin untuk menulis pasal refleksi berkait reformasi dirantau Malaysia dan Indonesia.  kritik pada seni mestilah ada, namun tak lupa pula apresiasi dan refleksi mesti juga ada . Seorang sahabat saya pernah berkata apresiasi memunculkan semangat untuk saling menghargai dan refleksi menghidupkan semula nilai-nilai perjuangan. 

Baca Lanjut »

Transformasi Kebajikan Mahasiswa: Keperluan Mendesak Peningkatan Elaun Kolej Profesional MARA

Dalam perjalanan pendidikan yang mencabar, mahasiswa adalah nadi penting yang membina asas keunggulan negara. Kepentingan elaun mahasiswa Kolej Profesional MARA menjadi penentu dalam memastikan para mahasiswa mendapatkan sokongan yang sewajarnya. Namun, hakikat semasa telah membuktikan bahawa elaun bulanan yang diterima tidak lagi setaraf dengan peningkatan kos sara hidup yang meruncing. Realiti kini menunjukkan bahawa para mahasiswa tidak hanya memerlukan dana untuk membayar yuran semester, tetapi juga perlu menyediakan keperluan asas serta makanan harian. Elaun yang diberikan terasa sudah tidak mencukupi dengan cabaran semasa yang semakin meningkat.

Baca Lanjut »