Permasalahan Negara Totalitarian

Dengan janji itu, mereka mengikat diri mereka. Rakyat juga mengikat mereka dengan janji tersebut. Rakyat yang ingin merasai perasan kebebasan sosial dan mengumpul kekayaan sentiasa mengharapkan perubahan tersebut berlaku dan “reform card” yang digunakan oleh mereka yang ingin berkuasa akhirnya menjadikan seluruh sistem Totalitarian ini boleh dipersoal.

“Perubahan boleh berlaku? Maka kenapa kita perlu tunduk lagi kepada kekerasan pemimpin yang menggunakan sistem Totalitarian?” ujar rakyat.

Sedangkan, dengan wujud janji dan persoalan seperti itu, bakal pemimpin tersebut perlu menyedari bahawa mereka tidak lagi mampu berkuasa seperti pemimpin sebelum mereka yang bebas memerintah dengan kekerasan sepenuhnya. Rakyat tidak akan tunduk lagi kepada pemimpin akan datang.

Akhirnya jatuhlah seluruh sistem Totalitarian yang mencekik kerana idea asasnya tidak lagi kukuh, boleh dipersoal dan punya kemungkinan untuk berubah kerana janji bakal pemimpin yang menggunakan “reform card”, satu janji yang perlu dikotakan jika dapat memerintah.

Khrushchev menggunakan “reform card” anti-Stalinist, sistem yang menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat Soviet Union, terhadap lawannya, Beria dan Malenkov. Zhao Ziyang menggunakan reform card terhadap lawannya Li Peng.

Demonstrasi pelajar di Tiananmen Square, Beijing pada 1989 juga adalah hasil dari janji pemimpin China, yang ingin berkuasa, untuk negara yang lebih bebas berpolitik. Contoh baik untuk tunjuk bagaimana “reform card” digunakan sebagai janji, kuasa Totalitarian hilang asasnya.

“In the absence of commonly accepted rules of succession, it would always be a temptation for some ambitious contender for power to throw the whole system into question by calls for fundamental reform in the struggle against his rival”

Share :
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
TERKINI

ARTIKEL BERKAITAN