Seperti yang kita ambil maklum Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan doktrin pembahagian kuasa iaitu pembahagian kuasa antara badan eksekutif, legislatif dan kehakiman. Perlembagaan telah memperuntukkan dengan jelas peranan setiap badan.
Di dalam Bahagian empat, Bab empat perlembagaan persekutuaan telah jelas menjelaskan peranan badan legislatif negara kita. Parlimen adalah tempat sesuatu rang undang-undang dan peruntukkan dibahaskan dan diluluskan sebelum diwartakan.
Merujuk kepada jawapan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat, Perdana Menteri Tan Sri Muhyddin Yassin ketika sesi soal jawab di Parlimen, pakej ekonomi seperti PENJANA dan PRIHATIN adalah tidak perlu dibahaskan disebabkan darurat akibat Covid-19 yang menyebabkan kerajaan perlu diberikan Tindakan segera.
Namun begitu, adalah lebih baik nya sekiranya suatu pakej ekonomi yang sedemekian adalah dibahaskan di dalam parlimen agar pakej tersebut adalah dapat diperhalusi keberkesananya.
Di samping itu, adalah suatu amalan yang tidak sihat bagi badan eksekutif untuk meluluskan suatu pelan tindakan ekonomi yang bernilai berbilion ringgit diluluskan oleh kabinet tanpa mendapatkan mandate serta persetujuaan daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Legitimasi pakej ekonomi tersebut akan dipersoalkan sekiranya tidak dibincangkan di Parlimen. Kita harus ingat bahawa di Parlimen suatu usul adalah tidak diluluskan dengan begitu sahaja.
Usul tersebut adalah perlu didahului dengan sebuah perdebatan usul yang dilakukkan secara professional oleh ahli dewan.
Melalui debat yang sedemikian sesuatu usul akan diperhalusi kesan daripada input-input daripada ahli dewan.
Pandemik Covid-19 adalah bukan satu alasan bahawa pakej-pakej ekonomi tersebut untuk didebatkan di dalam parlimen.
Perkara ini perlu di ambil maklum keranan negara-negara yang mempunyai jauh lebih banyak kes Covid-19 seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Singapura juga dapat bersidang di parlimen masing-masing.
Kejayaan negara-negara ini bersidang di saat Pandemik berlaku telah menunjukkan kita bahawa alasan Parlimen tidak bersidang ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan.
Institusi Parlimen haruslah diperkasakan oleh mana-mana parti yang memegang tampuk pemerintahan. Parlimen Malaysia tidak seharusnya sebagai suatu parlimen “rubber stamp” seperti negara yang mengamalkan sistem satu parti.
Institusi Parlimen tidak seharusnya dijadikan suatu tempat bagi Ahli Dewan untuk mempersendakan antara satu sama lain.
Persidangan hari ini sememang telah memahat sejarah hitam kepada Institusi Parlimen negara yang hormati dan sanjungi.
Hari ini Parlimen adalah ibarat medan perang antara ahli dewan, berperang demi menjadi relevan di mata pemimpin parti.