Sajak Mencari Reformasi

Tatkala tenggelamnya bahtera di tengah lautan,
Tertewasnya angkatan perang lantas diusir ke persisiran,
Terasa resah, gelisah lesap sudah ketenangan.

Dari jauh aku termenung sambil memerhati,
Merenung semula Kota Reformasi yg didirikan selama ini,
Kini dirampas, didiami pengkhianat yang langsung tidak mengenang budi.

Umum diketahui, Dato’ Laksamana tidak akan mampu berkuasa,
Andai kata dikelilingi para panglima yang tamak haloba,
Menggilakan darjat, mahukan kuasa semata-mata.

Ketahuilah,
Reformasi itu bukanlah,
Perantara yang menghalakan,
Titik peluh perjuangan ke arah kekayaan.

Ketahuilah,
Reformasi itu bukanlah,
Usaha meruntuhkan kota pemimpin yang dibenci,
Demi membangunkan mahligai tersendiri.

Sebaliknya,
Reformasi itu adalah,
Menaburkan kekayaan kita,
Buat kesenangan rakyat jelata,
Tanpa menilai darah keturunan mereka.

Kini kita menyedari,
Dedaun tidak akan kekal berembun,
Tidak akan disia-siakan 22 tahun angka keramat ini,
Sekiranya kita kembali menghidupkan unsur revolusi,
Demi mencari erti sebenar REFORMASI.

Share :
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
TERKINI

ARTIKEL BERKAITAN

Rukun Negara Diubah?

Rentetan daripada pengumuman Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, bahawa lafaz Ikrar Rukun Negara akan diselaraskan bermula dengan bacaan penuh mukadimah, ada segelintir pihak yang mendakwa bahawa Rukun Negara diubah. Tuduhan berat ini dibuat atas asas wujudnya perkataan “liberal” dalam lafaz yang ingin diselaraskan tersebut.

Baca Lanjut »

100 Hari Rakyat Malaysia Dikhianati

Hari ini adalah genap 100 hari, Kerajaan Perikatan Nasional berada di tampuk pemerintahan negara. Mandat rakyat Malaysia yang diterjemahkan melalui peti undi pada Pilihanraya Umum yang lepas telah dikhianati beberapa watak dan kelompok.

Baca Lanjut »