Arkitek Pemusnah Demokrasi Negara

Seorang pakar merancang, memanipulasi dan mempermainkan digelar sebagai Demagogue; seorang yang mengeksploitasi keadaan untuk kepentingan dirinya sahaja.

Azmin memperlekeh dan mempermainkan mandat rakyat bahkan sewaktu beliau bersama Pakatan Harapan dahulu.

Perancangan licik yang jahat telah dapat dilihat pada 19 November 2019 Azmin bersama sekutunya di dalam Parti Keadilan Rakyat bertemu dan berbincang dengan ahli-ahli parlimen Barisan Nasional di rumahnya pelan-pelan menjatuhkan Kerajaan Pakatan Harapan, meskipun ketika itu Azmin masih Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Azmin tidak pernah mempeduli agenda Reformasi yang diperjuang KEADILAN sejak sekian lama. Dia tidak membawa apa-apa perubahan yang drastik membantu rakyat sewaktu beliau masih Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Apabila Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Profesor Philip Alston menegur kadar kemiskinan negara tidak tepat, Azmin lantas bangun mengucapkan dia kecewa dengan kenyataan Profesor Philip Alston. Baginya rakyat Malaysia tidak miskin dan kadar kemiskinan hanya pada unjuran 0.4 peratus sahaja.

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang dibentang oleh Azmin gagal memberi pelan membasmi kemiskinan rakyat. Jelas Azmin tidak pernah mempunyai visi Reformasi; hanya sekadar melaungkan Reformasi untuk agenda jahat dan serakah politiknya sahaja.

Dengan penubuhan Kerajaan Perikatan Nasional, Azmin selesa duduk di kerusi empuk Menteri Paling Kanan. Dia yang selama ini kuat mengampu dan menjilat Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Terbaik dan harus kekal hingga habis penggal dengan mudah sahaja melompat dan meninggalkan Tun Mahathir untuk bersama Perdana Menteri Baharu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketibaan dia ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah menghancurkam dinamik parti itu. Membawa legasi kehancuran dia dari KEADILAN, sekarang BERSATU telah retak menanti belah akibat krisis pergelutan Tun Mahathir Muhyiddin. Sememangnya individu yang membawa sial ibarat Raja Midas yang dicelakakan apa yang disentuhnya.

Watak Demagogue telah dirakam dalam Sejarah Perang Peloponnesia apabila watak Alcibiades mengkhianati Athens, membocor rahsia kepada Sparta kemudian mengkhianati Sparta dan membocor rahsia Athens dan Sparta kepada Parsi. Watak ini jelas berbahaya kepada demokrasi dan jelas Azmin adalah Demagogue yang khianati KEADILAN dan Pakatan Harapan kepada musuh.

Profesor Shad Saleem Faruqi, Pakar Perlembagaan Malaysia telah menegur Kerajaan Perikatan Nasional sebagai ‘Sah Tetapi Tidak Bermoral’. Jelas moral tidak pernah menjadi enigma yang menghalang kerakusan Azmin Ali.

Azmin tidak memperdulikan kesihatan jangka panjang demokrasi negara, bahkan dia sanggup bersama Kleptokrat dan Koruptor dari Barisan Nasional yang diikat kes-kes rasuah di mahkamah semata-mata untuk ambisi politikalnya sahaja. Impak dan kesannya tidak diperduli kerana dia berpegang pada kata hikmat Machiavelli ‘niat menghalalkan cara.

Justeru itu, rakyat terutama anak muda wajar sedar siapa arkitek pemusnah demokrasi negara. Kewajipan kita menghalang kemaraan Demagogue yang memusnah Demokrasi. Ingat, undi anak muda dahulu di saluran 5 dan 6 pusat mengundi yang menjatuhkan Kleptokrat Najib. Kepada rakyat Gombak, sudah boleh mula mengasah mata bilah Guillotine untuk ‘memancung’ leher Azmin di kotak undi PilihanRaya Ke 15 nanti.

Demagogue Pemusnah Demokrasi.

Share :
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
TERKINI

ARTIKEL BERKAITAN

Hentikan Diskriminasi Terhadap Ahli Politik Wanita

Baru-baru ini, tular satu video berdurasi seminit 34 saat di mana seorang pempengaruh mempertikaikan cara pemakaian Ahli Parlimen Bentong, YB Young Syefura binti Othman di pentas ceramah Malaysia Madani di Kedah pada Sabtu, 15 Julai 2023. Kenyataan yang dibuat oleh pempengaruh tersebut jelas merupakan serangan berbentuk seksis dan berunsur gangguan lucah terhadap beliau. Budaya politik sempit dan tidak matang ini haruslah dihentikan serta merta.

Baca Lanjut »